- Dua hari lepas, seorang adik rakan sekerja menanyakan; sejauhmanakah kebenaran fakta ‘lelaki yang baik untuk wanita yang baik, lelaki jahat pula untuk wanita yang jahat’? Terkejut juga bila soalan itu diajukan kepada saya pada awal-awal pagi. Sebelum jawapan saya berikan, saya tanyakan dulu kenapa soalan tersebut diajukan kepada saya. Menurut adik yang dikenali dengan nama Suci ini, seorang rakannya bakal berkahwin tidak lama lagi. Ketika pertemuan baru-baru ini, rakannya tersebut meluahkan rasa bimbang dengan latar belakang gadis yang bakal dikahwininya.
- Kenapa bimbang? Menurut ceritanya, rakan Suci adalah seorang lelaki yang agak liar sebelum ini, mengamalkan pergaulan bebas tanpa batas dan pernah mengamalkan cara hidup melanggar hukum syarak. Tapi itu dulu, suatu masa dulu dan kini rakan Suci dah pun berubah. Latar belakang dirinya yang jahat sebelum ini yang menimbulkan kerisauan; apakah gadis yang bakal dikahwininya mempunyai sejarah yang sama dengan sejarah hidupnya? Jawapan saya kepada persoalan Suci akan saya bincangkan di dalam resipi kali ini.
- Hakikatnya, tak ada seorang individu pun di dunia ini yang suka kepada kejahatan atau suka untuk berkawan dengan orang yang jahat. Malah, individu yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat, tidak pernah merasakan mereka jahat. Apakah maksudnya? Ya!! Baik atau jahat itu adalah satu perkara yang tidak sama definisinya atau konsepnya kepada setiap individu. Bagi seseorang yang tidak sukakan individu perokok, tidak mustahil perokok adalah tergolong di dalam kategori jahat. Jelasnya, maksud baik dan jahat adalah bergantung kepada penerimaan seseorang.
- Berkaitan persoalan Suci tadi, ya… di dalam al-Quran jelas menyatakan: "Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
- Menurut pengajian ulum al-Quran, ayat ini sebenarnya diturunkan oleh Allah SWT selepasnya meletusnya tuduhan dan fitnah terhadap isteri Rasulullah SAW, Saiyidatina Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki. Walaupun sekadar satu penafian terhadap fitnah tersebut, ayat ini juga difahami sebagai satu janji Allah SAW kepada hamba-Nya.
- Saya yakin, anda biasa bertemu dengan kes seseorang ber’title’ ustaz atau ustazah (yang sinonim dengan seorang yang baik) mengahwini individu yang biasa-biasa sahaja atau mungkin bagi sesetengah orang, agak kurang baik jika dibandingkan dengan pasangannya. Jika ayat tadi adalah janji Allah kepada hamba-Nya, kenapa jodoh sebegini tetap ada? Hakikatnya, setiap pasangan yang ditakdirkan bertemu jodoh adalah dengan kehendak-Nya juga. Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah mempunyai sebab dan hikmah yang tersendiri. Sama jugalah dengan jodoh seseorang.
- Saya percaya, kebanyakan individu mempercayai dan mengharapkan pasangannya adalah yang terbaik untuk dirinya. Bererti, tercapailah maksud ayat, lelaki baik untuk perempuan baik. Namun, apabila berlaku ketidakadilan atau perlanggaran hak ketika melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang sewajarnya di dalam perkahwinan dan rumahtangga, sudah pasti akan menyebabkan timbulnya masalah.
- Apabila pihak yang sengaja enggan melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya yang sewajarnya, tetap enggan biarpun telah diberikan teguran, selalunya akan menyebabkan berlakunya perceraian. Tika inilah janji kedua di dalam ayat tersebut, berlaku: lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat – bererti sudah tidak ada jodoh antara mereka disebabkan berlakunya perbezaan sikap di dalam melaksanakan tanggungjawab yang patut dan perlu. Sama juga dengan kes suami isteri yang bertemu jodoh dalam keadaan sama-sama menggagalkan diri daripada menunaikan tanggungjawab yang patut dan wajar di dalam kehidupan Muslim dan rumahtangga.
- Apabila seorang daripada mereka tersedar dan kembali cuba menunaikan tanggungjawab yang perlu, selalunya akan berlaku perpisahan, menepati janji termaktub di dalam ayat 26, surah an-Nur tadi.
- Merujuk kes kawan Suci, hakikatnya sejarah hitam seseorang tidak perlu diungkit. Tambahan pula, kawan Suci dah pun bertaubat dan dek kerana kebaikan yang wujud di dalam diri kawan Suci tadi, dia bertemu jodoh dengan seseorang yang dianggap terbaik untuk dirinya tika itu. Kenapa nak fikirkan kisah silam sendiri atau bakal pasangan? Allah SWT Maha Pengampun malah seseorang yang melakukan dosa besar dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat adalah lebih mulia dan suci berbanding mereka yang seringkali melakukan dosa kecil.
- Tak perlu bincangkan kisah lama kerana kita perlu hidup untuk hari ini dan masa depan. Paling penting, sentiasa berusaha untuk tingkatkan keimanan dan kebaikan di dalam diri sendiri dan pasangan kita. InsyaAllah, jika satu pihak yang baik ditemukan dengan yang kurang baik namun mahu dan sanggup berusaha ke arah yang lebih baik, maka akan jadi baiklah juga akhirnya.
- ****Siaran April 2009
Himpunan topik perbincangan ruangan Resipi Hidup, Mingguan Wanita terbitan Karangkraf bermula September 2004...
06 April 2011
Benarkah lelaki yg baik utk wanita yg baik?
16 Mac 2011
Ajarkan anak tentang matlamat hidup
Saya yakin, pembaca semua masih ingat dengan kes seorang pelajar tingkatan empat yang maut selepas koma beberapa hari kesan dipukul teruk oleh rakan-rakannya sendiri hanya kerana seorang gadis. Hujung minggu lepas, pembantu saya mengkhabarkan, seorang ibu menelefon inginkan pandangan tentang masalah buli yang dihadapi oleh anaknya yang baru berusia tujuh tahun. Malah, terlalu banyak kes buli yang lain; ada yang dilaporkan, ada yang didiamkan, ada yang mengakibatkan cedera malah dah banyak juga yang mengakibatkan kematian. Bukan setahun dua kebelakangan ini sahaja malah kes-kes sebegini telah lama berlaku. Bukan sahaja di bandar, malah di kampung-kampung. Kenapa kes-kes buli melibatkan pelajar sekolah ini boleh berlaku?
Banyak pihak yang melakukan kajian tentang punca kejadian kes buli ini. Terdapat beberapa sebab yang disenaraikan dan antara sebab yang dikenalpasti yang menarik perhatian saya ialah kurangnya perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Inilah punca utama dan menjadi pemangkin kepada segala sebab yang lain. “Haiii!! Balik-balik nak salahkan ibu bapa?” Mungkin ada antara pembaca yang berpendapat sedemikian. Apa nak dikatakan lagi? Itu adalah hakikat. Semua orang tahu, anak-anak adalah ibarat kain putih, ibu bapalah merupakan orang yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih tersebut. Bukan tanggungjawab ibu sahaja, bukan juga tanggungjawab bapa sahaja sebaliknya tanggungjawab kedua-dua ibu dan bapa.
Apa pula maksud perhatian dan kasih sayang? Ramai ibu bapa yang salah anggapan dan silap faham tentang konsep perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya diberikan kepada anak-anak setelah anak-anak melalui pelbagai peringkat umur bermula daripada bayi hinggalah anak-anak dewasa, mampu berdikari dan mempunyai keluarga sendiri. Pakar membahagikan peringkat penjagaan anak-anak kepada lima kategori bermula daripada janin (dalam kandungan), bayi (sehari- 2 tahun), kanak-kanak (3 tahun – 11 tahun), remaja (12 tahun – 21) dan dewasa ( 22 tahun ke atas). Saya tak berniat untuk menghuraikan setiap satu peringkat dengan jelas, tak muat ruangan ini nanti namun focus saya ialah keutamaan yang perlu setiap ibu bapa tekankan kepada anak-anak ketika pemerhatian, pembesaran dan penyerahan kasih sayang kepada anak-anak, pada setiap peringkat tersebut iaitu ajarkan anak-anak tentang matlamat hidup.
Apakah matlamat hidup kita? Apakah matlamat hidup anda? Matlamat hidup semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini seharusnya sama; untuk mencapai bahagia hidup di dunia dan di akhirat. Bahagia yang sebenarnya dan diredhai oleh Allah. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Didiklah anak-anakmu dan elokkanlah adab mereka."-hadis riwayat Ibnu Majah. Apakah maksud hadis ini? Ya!! Setiap ibu bapa ditekankan agar mengutamakan akhlak dan adab. Jika akhlak dan adab sempurna, insyaAllah aspek kehidupan yang lain juga akan sempurna. Jika anda pernah masuk ke blog saya atau pernah membaca tentang rahsia kejayaan sebenar di dalam hidup; bukan akal yang bijak, bukan rupa yang cantik atau kacak, bukan juga harta atau cinta sebaliknya kejayaan dan kebahagiaan hanyan boleh dicapai sekiranya seseorang itu mempunyai akhlak dan adab yang baik.
Inilah yang perlu ditekankan dan ditanam di dalam diri anak-anak. Malah Ibnu Khaldun membahagikan tujuan pendidikan anak-anak kepada tiga perkara. Pertama: Mempersiapkan seorang anak dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menurut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebab dengan cara itu sahajalah, potensi iman dapat diperkuatkan. Kedua: Menyiapkan seorang anak dari segi akhlak. Ketiga: Menyiapkan seorang anak dari segi pemikiran, sebab dengan pemikiran yang betul seseorang itu dapat memegang berbagai pekerjaan dan ketrampilan tertentu. Imam Al-Ghazali pula menekankan bahawa tujuan pendidikan bukanlah untuk mencari rezeki di dunia, tetapi maksudnya ialah untuk sampai hakikat ilmu yang sebenar dan akhlak yang sempurna.
Jika setiap ibu bapa menekankan aspek akhlak kepada anak-anak, insyaAllah masalah buli tidak akan berulang. Anak-anak akan menjadi seorang yang berjaya di dalam hidup dan disenangi oleh masyarakat. Malah, perkara yang paling penting juga, bukan hanya tekankan tentang adab dan akhlak kepada anak-anak sebaliknya ibu bapa juga wajib mempunyai adab dan akhlak yang baik terutama ketika bekerja mencari rezeki untuk anak-anak. Perlu diingat, setiap makanan dan minuman yang masuk ke perut anak-anak anda akan memberi impak dan kesan bukan sahaja kepada pembesaran fizikal anak-anak anda malah memberikan impak besar kepada akal, hati dan sikap anak-anak anda.
Walaupun pekerjaan anda adalah halal tetapi anda ‘mengharamkannya’ dek sikap cuai anda bekerja atau sikap curi tulang, wang yang anda terima hasil kecuaian dan sikap malas anda itu boleh disamakan dengan wang yang haram. Makanan dan minuman hasil daripada wang haram akan menghitamkan hati anda dan hati anak-anak anda juga yang kesannya boleh menyebabkan anak-anak anda mempunyai akhlak yang buruk, nauzubillah!! Sayangi diri, sayangi anak-anak anda dan jangan rosakkan mereka!!
****Siaran April 2009

27 Februari 2011
Menjaga bayi perlukan sepenuh perhatian
Bulan November tahun lepas, negara gempar dengan kes kematian seorang bayi kerana tersedak susu. Hari ini (tika artikel ini disediakan), media cetak sekali lagi mendedahkan kes yang sama dan kali ini melibatkan bayi berusia tiga bulan. Hakikatnya, terlalu banyak kes serupa berlaku saban hari, kisah kelalaian pengasuh dan taska, malah tak terkecuali kes-kes penderaan bayi secara sembunyi dan hanya dikesan setelah bayi tersebut pergi mengadap Ilahi. Dalam kes terbaru, agak sukar untuk saya percaya seorang pengasuh menjaga empat bayi serentak pada satu masa.
Kenapa boleh jadi begitu? Saya tahu, ramai yang beranggapan menjaga bayi adalah mudah dan senang. Sebabnya bayi hanya tahu tidur dan tidur dan tidur. Bagi je botol susu, letak dalam buai… dah, nanti lelap lagi lah bayi tu. Teringat kata seorang pengasuh di taska anak-anak saya suatu masa dulu. “Kami kena jaga dua baby serentak. Kalau dua-dua nangis tu, Kak A pesan baringkan jer dua-dua sekali kat atas riba, seorang sebelah. Pas tu, goyang je lah peha tu nanti diamlah….” Pengasuh tersebut menceritakan demikian selepas saya mempertikaikan kenapa bayi bertambah sedangkan pengasuh masih dalam jumlah yang sama. Mana nak jaga kanak-kanak yang dah besar sikit lagi. Dek sebab itu jugalah, saya berhenti menghantar anak-anak saya ke sana, bimbang dengan keselamatan da keselesaan anak-anak biarpun tika itu Ayuni dah tiga tahun dan Suhail dah dua tahun.
Terus terang, itu adalah kata dan pendirian orang tak ada akal. Kalaulah tak reti nak jaga bayi sekalipun, fikirkanlah secara waras, apakah wajar seorang bayi yang sinonim dengan tidak mengerti apa-apa: tidak mampu melafazkan apa-apa, laparnya adalah tangisan, dahaganya adalah tangisan, sakitnya adalah tangisan, ngantuknya adalah tangisan, basah kencing atau berak adalah tangisan… segala-galanya yang dilalui dalam kehidupan harian seorang bayi adalah hanya dengan satu signal atau tanda iaitu tangisan… wajarkah diperlakukan sedemikian???
Hakikatnya, menjaga seorang bayi memerlukan perhatian sepenuhnya daripada pengasuh. Ya, seorang bayi lebih banyak tidur, itu saya akui. Namun, tidur bayi juga perlu diperhatikan, bukan hanya menunggu suara tangisan atau rengekannya sahaja. Kes tersedak susu sewajarnya tidak berlaku sekiranya seorang pengasuh, tak kiralah pengasuh di rumah atau di taska, memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bayi tersebut.
Menyusukan bayi menggunakan botol bukan bermaksud buat jer susu kemudian disuap ke mulut bayi, lapik dengan bantal agar selari dengan kedudukan mulut bayi kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Sebaliknya menyusukan bayi perlukan perhatian sepenuhnya daripada pengasuh atau penjaga bermula daripada hisapan pertama hingga hisapan terakhir. Setelah selesai minum pula, bayi perlu disendawakan bagi memberikan keselesaan sepenuhnya kepada bayi. Saya yakin, proses wajib ini tidak dilakukan di dalam kes-kes tersedak susu dan saya juga yakin, ramai yang bersetuju jika saya katakan, pengasuh di dalam kes tersedak susu ini boleh dikaitkan dengan kes membunuh tanpa niat.
Bunyinya seakan keras dan mungkin zalim tetapi itulah hakikatnya. Jika kes-kes penculikan kanak-kanak boleh dikaitkan dengan kelalaian ibu bapa, kenapa kes tersedak susu ini tidak dikaitkan dengan kes kelalaian pengasuh malah kes tersedak adalah lebih tepat menunjukkan kelalaian pengasuh atau penjaga berbanding kes-kes penculikan kanak-kanak.
Saya bukan nak melawan takdir. Saya bukan nak memberontak keras mewakili ibu bapa bayi terlibat atau nak lebih-lebih meluahkan rasa berbanding mereka. Saya hanya inginkan pihak berwajib mengambil perhatian tentang perkara ini. Apakah nak tunggu hingga lebih banyak lagi kes bayi yang baru nak belajar hidup meninggal dek kerana tersedak susu? Nak tunggu lebih ramai ibu bapa yang baru sahaja belajar menumpahkan kasih sayang kepada bayi mereka, terpaksa menderita menerima hakikat bayi mereka tersedak susu? Bunyinya mudah, tersedak susu tetapi bagi seorang bayi, ia adalah perkara yang perlu dielakkan. Sebabnya? dah tentulah membahayakan nyawa sebab tu boleh membawa maut.
Saya pernah luahkan di dalam blog saya dan kali ini, sekali lagi saya ingin meluahkan rasa hati yang sama. Saya merayu kepada semua ibu bapa di luar sana, berhati-hati memilih pengasuh anak anda terutama jika anak anda itu masih seorang bayi yang tak mampu menceritakan apa juga tindakan pengasuh kepadanya. Carilah pengasuh yang hanya menjaga bayi anda sahaja agar sepenuh perhatian dapat diberikan kepada bayi anda. Jika anak anda di taska, pastikan juga perkara yang sama. Dalam masa yang sama juga, ada tikanya kita perlu benarkan orang menjaga tepi kain kita agar kita tidak menyesal di belakang hari. Malah sesekali lakukanlah pemeriksaan mengejut bagi memastikan segalanya di dalam keadaan selamat. Ya, berserah kepada Allah hanya setelah anda berikhtiar.
"Ya Allah!! Kau selamatkanlah anak-anak yang tak berdosa dan Kau ubahlah sikap mereka yang jahat dan berpura-pura agar ikhlas menyayangi anak-anak kami dan menjaga mereka dengan jujur. Jika mereka masih dengan kejahatan mereka, Kau berikan kami kesedaran agar kami tidak terlambat bertindak dan Kau berikan balasan setimpal dengan perlakuan mereka.. amin ya rabbal a'lamin...!!!!"
****Siaran Mac 2009

03 Februari 2011
Memujuk suami membantu kerja rumah
Baru-baru ni, saya berkesempatan bertanya khabar melalui yahoo messenger dengan adik bekas rakan sekerja yang kini telah memasuki sektor kerajaan. Tujuan asal nak menjemput ke pelancaran buku, dah jadi sesi sembang yang panjang. Ya lah, dah lama juga tak berbual apatah lagi berjumpa. Dulu tika bekerja bersama, dia masih bujang dan saya mempunyai dua anak. Sekarang, anak saya dah tiga dan dia juga mempunyai seorang cahayamata. Dalam sembang-sembang tersebut, dia ada tanyakan: “Kak Su, camana ya nak pujuk suami tolong sama buat kerja rumah?” Belum sempat saya menjawab, ada panggilan masuk. Saya cuma sempat balas: “Nanti akak bincangkan hal ni yer.” Seperti yang dijanjikan, saya kemukakan semula soalan adik bekas rakan sekerja tersebut melalui ruangan ini sebab saya yakin, ramai juga yang ingin tahu bagaimanakah caranya nak pujuk suami membantu kerja-kerja rumah.
Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan. insyaAllah jika sejak mula anda telah biasakan suami anda membantu anda, takkan ada masalah lagi di belakang hari. Masalahnya, ramai isteri yang nak tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua dia nak buat, suami nak tolong tak dibenarkan. Bila dah lama, dah ada anak atau anak-anak, suami yang dah terbiasa ‘order saja’, sukarlah nak ubah perangai. Saya faham dan tahu niat baik anda, nak jadi seorang isteri yang solehah. Jadilah, saya tak larang malah saya sokong tapi kenalah bijak mengatur cara. Seorang klien pernah mengadu, dia dah terbiasa manjakan suami hatta kalau nak pergi atau balik kerja, suami hanya duduk di sofa dan lunjurkan kaki, isteri yang akan pakaikan dan tanggalkan stoking. Nak minum air pula, tak cukup letak cawan di meja, kena hulurkan kepada suami. Bila dah ada bayi, sikap suami masih sama. Bayangkanlah kekalutan si isteri.
Lantas, kepada isteri yang masih baru memasuki gerbang rumahtangga, jangan manjakan suami anda dalam kerja-kerja rumah. Terus terang, saya sendiri tika awal perkahwinan, jarang sangat nak hidangkan minuman untuk suami kecuali jika kami minum bersama. Kebiasaannya, saya hanya akan sediakan minuman dan tinggalkan di dapur. Saya akan beritahu suami, nanti kalau nak minum, dia akan ambil sendiri. Tika awal perkahwinan pula, kami belum ada mesin basuh baju. Jadi, kami sepakat untuk cuci baju sendiri. Memasak pula, ada gilirannya hinggakan suami yang hanya tahu goreng telur dadar, dah pandai masak kari dan sambal.
Saya bukan ‘queen control’ tapi sebagai seorang isteri yang bekerja, saya perlu lakukan semua itu. Alhamdulillah, agaknya sebab suami pun dah biasa daripada awal, dah tak banyak la kerenahnya. Ye lah, awal-awal kahwin masih tinggi cintanya, takkan nak melenting dek kerana kena buat kerja-kerja rumah. Padahal semua kerja-kerja tu adalah kerja-kerja biasa yang juga dilakukan oleh seorang lelaki bujang kan? Ingat!! Mempunyai isteri bukan bermaksud anda mempunyai pembantu rumah.
Cara paling baik nak minta suami tolong anda ialah dengan meminta suami menemankan anda melakukan kerja-kerja tersebut. Sebagai contoh, ketika sama-sama penat sampai ke rumah daripada tempat kerja, ajaklah suami temankan anda di dapur untuk memasak. Mungkin suami anda akan mengelak sebab nak rehat sambil membaca akhbar atau menonton televisyen. Jangan marah dulu. Pujuk dengan lembut. Anda boleh cakapkan ada cerita menarik yang anda nak kongsi dengannya ketika itu juga. Jika itu alasan anda, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.
Jika anda nak lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat di mana suami anda berada, selalunya sebelah malam di depan televisyen lah kan. Dalam anda melakukan kerja-kerja tersebut, luahkan rasa penat anda dan luahkan juga keseronokan anda jika suami anda dapat membantu. Jika suami masih pura-pura tak dengar, tika inilah anda perlu cakap terus terang, minta suami anda membantu anda. Nak minta suami bantu anda pula, kenalah secara berhikmah. Ingat!! Jangan mendesak atau mengarah!! Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan “tolong” dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Kalau guna perkataan tolong tapi dengan nada yang keras, takkan berkesan. Bimbang nanti anda pula ditempiknya.
Kepada isteri yang telah terbiasa melakukan segalanya seorang diri, jangan bimbang. Anda boleh mulakan daripada sekarang. Cara paling baik, luahkan hasrat hati anda yang pasti seronok jika suami dapat bantu anda uruskan rumahtangga seperti pasangan lain yang dah bersama melakukannya. Bila nak luah? Kata orang, masa paling baik ialah selepas sama-sama menyelesaikan hajat batin. Belai rambutnya, mainkan jari-jari di badannya dan cakaplah dalam nada suara yang lembut, mendayu dan merayu. Gunakan kuasa memikat anda sepenuhnya sampailah suami mengaku ‘YA’ akan tolong anda. Jika malam pertama gagal, cuba lagi malam esoknya dan jangan putus asa. Dalam masa yang sama, berdoa minta Allah lembutkan hati suami. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama, sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu, dapat juga lah sesekali anda beristirehat.
Kepada para suami, tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insyaAllah akan bertambah semarak cinta.
****Siaran Mac 2009.

Langgan:
Catatan (Atom)