30 Julai 2011

Bezakan antara cinta dan nafsu

Agaknya, memang benar pendapat yang mengatakan, dunia dah nak terbalik. Kiamat dah hampir berlaku. Kenapa tiba-tiba saya bangkitkan pasal kiamat? Bukan nak menakut-nakutkan pembaca. Sekadar memberikan jawapan kepada persoalan yang timbul di fikiran sendiri, kenapa lah sejak akhir-akhir ini, makin kerap kes isteri curang dan berlaku tidak jujur kepada suami sampai ke pengetahuan saya. Bukan melalui pengakuan suami sebaliknya pengakuan si isteri sendiri.

Dalam satu pengakuan melalui emel kepada saya, seorang isteri hanya mengenal erti cinta sejati dan rasa nikmat melakukan hubungan kelamin setelah berhubungan secara sulit dengan bekas teman lelakinya semasa zaman persekolahan dahulu. Menurut si isteri, kepuasan dan kenikmatan yang dirasai bersama si suami tidak setanding nikmat yang diperolehi melalui hasil ‘kerja tangan’ teman lelakinya biarpun hubungannya bersama teman lelaki baru terjalin akrab semula kurang tempoh tiga bulan berbanding perkahwinannya yang telah mencecah 12 tahun dan dikurniakan empat cahayamata.

Dalam pengakuan yang lain pula, menerusi sistem pesanan ringkas yang dihantar ke talian temujanji (diuruskan oleh pembantu saya) kemudian dipanjangkan ke telefon bimbit saya, seorang isteri mengeluh tentang sikap suami yang lebih banyak menumpukan perhatian kepada mencari pendapatan keluarga. Menurut si isteri, suaminya bekerja sebagai seorang kakitangan awam. Selesai tugasan pejabat, suaminya akan pulang ke rumah. Selepas solat Maghrib dan makan malam bersama, suaminya akan ke bengkel tidak jauh dari rumah mereka untuk bekerja hingga awal pagi. Bukan sebulan dua tetapi dah lebih lima tahun memandangkan hanya suami seorang bekerja bagi menampung keperluan keluarga yang makin bertambah dan ahlinya juga bertambah ramai.

Kesunyian yang dirasai oleh si isteri diubati dengan kehadiran seorang lelaki, bermula hanya kerana tersilap sms, seterusnya berkawan, jadi akrab dan pernah beberapa kali tersasar jauh dari batasan moral dan agama. Kini, si isteri bingung bagaimana untuk melepaskan diri dari ikatan si suami memandangkan si isteri yakin, lelaki buah hatinya itulah sahaja yang amat memahami dan mampu membahagiakan dirinya.

Ada beberapa pengakuan lagi yang plot ceritanya hampir sama. Naik mual dan menyampah bila saya membacanya. Maaf lah, bukan saya tak cuba faham tetapi saya tidak mampu untuk bersubahat dalam perkara mungkar. Kenapa mungkar? Ya!! Anda dah diikat dengan kasih yang suci, cinta setia seorang suami yang sanggup bersusah payah dan berkorban demi kepentingan kehidupan anda dan anak-anak sebaliknya anda, sesenang hati menuding jari menyalahkan suami konon gagal mengubat sepi di hati anda dan dengan alasan tersebut, anda mengambil peluang menjalin hubungan dengan lelaki lain. Bukan sekadar hubungan kawan atau cinta sebaliknya melakukan hubungan jenis, yang dilarang dan dikutuk oleh agama dan masyarakat. Nak saya berikan anda panduan untuk keluar dari ikatan yang halal dan suci seterusnya membolehkan anda memilih cinta yang bagi anda adalah agong dan mulia??

Ampun dan maaf!! Saya takkan bersubahat dalam perkara tersebut. Saya tahu, saya bertugas memberikan anda jalan penyelesaian. Saya juga faham, menurut prinsipnya, kaunseling bermaksud satu proses dan juga aktiviti pertolongan yang dilakukan menggunakan pengetahuan dan teknik untuk tujuan menolong individu berubah daripada keadaannya sekarang kepada satu keadaan yang dikehendakinya. Walaupun begitu, prinsip kaunseling juga menyebut, seseorang kaunselor termasuk perunding itu mesti bercakap tekus dan jujur. Inilah kejujurannya. Saya takkan bantu anda untuk mengikut nafsu anda.

Ya!! Apa yang anda rasai tika ini bukanlah cinta, bukan kasih sayang sejati sebaliknya hasutan nafsu dan bisikan syaitan. Tolonglah bezakan antara cinta sejati dan nafsu syaitan yang dilaknati. Terus terang, dah banyak sangat kes serupa yang saya terima daripada aduan para suami. Dek kerana tidak mahu dikatakan suami yang dayus, para suami yang setia ini bersetuju melepaskan isteri yang tercinta, bagi memberi ruang kepada si isteri mengecap kebahagiaan yang dihajati. Namun, tak lama, si isteri akhirnya kembali menagih semula kasih setia si suami yang sudah mula pudar dan tawar apabila kekasih hati bukanlah seperti lelaki yang diimpikan sebelum ini. Ini bukan sebuah cereka atau skrip drama sebaliknya beberapa kisah benar yang saya kendalikan.

Tolong lah….!! Saya merayu kepada para isteri yang menghadapi keadaan serupa. Jangan cuba-cuba menjalinkan hubungan mesra dengan lelaki tanpa pengetahuan suami anda. Haram dan berdosa hukumnya, jadi tambah berdosa bila anda bertindak mengkhianati cinta dan curang kepadanya. Terus terang, jika saya lah teman lelaki anda, saya juga akan mempermainkan anda kerana bagi saya, jika anda sanggup khianat dan curang kepada suami yang telah dikahwini bertahun-tahun, anda juga boleh curang kepada cinta lelaki lain. Tak gitu?? Fikir-fikirkanlah agar anda tidak tertipu dengan nafsu sendiri….

**** Siaran Jun 2009

**** Dapatkan diskaun istimewa bagi khidmat konsultansi tru fon atau chat YM sepanjang Ramadhan ini...

2 ulasan:

dairi ibu berkata...

assalamualaikum.
Rumput dilaman jiran selalu nampak hijau, bila dah masuk barulah nampak dicelah rumput ada semalu yang berduri.Inilah hakikat hidup kalau tak ada iman semua jadi lulus saja... Selamat berpuasa.

AlL aBoUt Me:DD berkata...

Sang suami yg pandai berkata boleh meluahkan apa sahaja sehingga mengalir air mata bila si siisteri bertekad minta di ceraikan tanpa memikirkan penginayaan mereka terhadap kaum wanita, biasa nya mereka tak sedar perbuatan menyakitkan kan hati.Pengalaman saya..suami mmg baik, lembut,penyabar..tapi semua wang gaji saya di agihkan untuk perbelanjaan harian..saya di beri wang harian seperti budak sekolah sedangkan saya seorang pegawai kerajaan..sejak kawin tak pernah menghadiahkan saya waima sehelai baju pon apa lagi emas permata..bagi nya..duit gaji dia,,dia punya..duit gaji saya , hak bersama..saya sangat sedih setelah 17 tahun saya bersabar..terpaksa besekangmata untuk menambah pendapatan untuk menyara keluarga dan anak2, sedangkan dia senang hati hanya membantu yg mana perlu ,alasan sebab dia membenarkan saya bekerja , tak tahan dengan sikap suami yg terlampau bakhil...siapa pon tak tahu hakikat sebenar..kerana suami saya terlalu alim dan lemah lembut dalam kata-katanya.....Walahhualam...